Makluman.... Untuk paparan yang baik sila gunakan browser Mozilla Firefox dan resolusi 1024 x768!.... WTV8 dan WEBRTV TV Alternatif Online Kita!....

Terima kasih daun keladi! Itulah simpulan awal yang mampu kami ungkapkan atas lawatan kerja rasmi DPPNJ ke DPPK Sekijang yang diadakan pada 18hb Jun 2006. Perbincangan dua hala yang bertujuan mencari formula bagi memantapkan gerak kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan agar ianya selari dengan visi, misi dan matlamat yang telah digariskan cukup memberi input berguna kepada kami diperingkat DPPK bagi menggariskan pelan bertindak yang benar-benar komprehensif dan fleksibel. Pelbagai agenda yang dibincangkan selama hampir 2 jam akhirnya menyimpulkan kepada betapa pentingnya pembentukkan sebuah organisasi yang mantap sebagai prasyarat untuk menjadikan gerak kerja pemuda diperingkat kawasan lebih tersusun dan memberi makna kepada perjuangan. Insyallah.... kami diperingkat DPPK akan mengambil segala cadangan, pandangan, kritikan dan ulasan secara serius bagi memastikan segala hasrat, matlamat, visi, misi dan objektif yang telah digariskan tercapai. Insyallah !
 
posted by dppk sekijang at 9:56 PM |


0 Comments: