Makluman.... Untuk paparan yang baik sila gunakan browser Mozilla Firefox dan resolusi 1024 x768!.... WTV8 dan WEBRTV TV Alternatif Online Kita!....

Semenjak daripada 14hb Jun 2006, DPPK Sekijang amat sibuk sekali dengan beberapa program. Kehadiran Sekretariat BANTAH yang didalam rangka jelajahnya cuba untuk disambut oleh DPPK Sekijang yang telah diamanahkan sebagai tuan rumah, dengan sebaik mungkin. Alhamdulillah atas kerjasama semua pihak program ROADSHOW BANTAH tersebut dapat dijalankan dengan lancar. Terima kasih semua. Buat tatapan semua dibawah ini kami pamerkan sedikit laporan dan gambar-gambar sekitar program tersebut.

14hb - 16hb - Persedian menyambut kehadiran BATAH dipergiatkan dengan tumpuan diberikan kepada aspek promosi dan persedian teknikal

17hb (pagi) - Pemeriksaan disemua lokasi bagi memastikan kelancaran program. Terima kasih kepada tuan rumah untuk program ceramah, Tuan Haji Wahid bin Hatta atas kerjasama baik dan air oren sejuk yang menyegarkan.

17hb (tengahari) - Final Check Up lokasi edaran risalah.

17hb (2.30 ptg ) - Pendaftaran petugas-petugas BANTAH di Markas PAS Paya Pulai

17hb ( 3.00 ptg ) - Kehadiran penyelaras program

17hb ( 4.00 ptg ) - Taklimat program oleh Pengerusi BANTAH Tuan Haji Zulkifli bin Ahmad (turut sama didalam rombongan Sdr. Aminuddin Ayub, Sdr. Suhaizan Kaiat dan Sdr. Onn Jaafar)

17hb ( 5.00 ptg ) - Semua bergerak ke lokasi BANTAH. Lokasi pertama ialah Pusat Pengangkutan Awam Segamat. Berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Sambutan org ramai juga menggalakkan.

17hb ( 5.20 ptg ) - Bergerak ke lokasi kedua di sekitar Jalan Aji dan kawasan Pasar Malam di bandar Segamat. Alhamdulillah respon rakyat terhadap usaha BANTAH amat baik sekali.

17hb (6.00 ptg ) - Menuju ke lokasi terkahir. Petugas dibahagikan kepada 2 kumpulan satu berada di kawasan Pasaran Billion manakala selebihnya berada di kawasan Pasaraya UpWell. Usaha mengedar risalah dan memungut tandatangan berjalan lancar. Penerimaan orang ramai khususnya masyarakat Cina amat baik sekali. Terima kasih semua.

17hb (6.45 ptg) - Bergerak ke tapak ceramah !

Selesai segala urusan cermah dimulakan pada pukul 9.45 malam dimana Sdr. Suhaizan Kaiat menjadi pengerusi majlis. Ceramah dimulakan oleh Tn. Hj. Zulkifli Ahmad selaku Pengerusi BANTAH. Kemudiannya diikuti oleh En. Ahmad Ton, Wakil DAP dan diakhiri dengan penceramah utama Ustaz Idris Ahmad, Timbalan Ketua DPP Pusat.

Ceramah sempena ROADSHOW BANTAH berakhir sekitar 12 malam. Alhamdulillah meskipun ianya bukanlah yang terbaik tetapi secara keseluruhannya program ini merupakan sesuatu yang boleh kami banggakan terutamanya apabila memikirkan kami baru sahaja berumur 3 tahun dalam arena berorganisasi !

Kami diperingkat DPPK Sekijang mengucapkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada semua yang bersama-sama dari mula hingga ke akhir bagi menjadikan Program Roadshows BANTAH ini sesuatu yang realiti. Khususnya kepada Jawantankuasa Skretariat BANTAH, PAS Kawasan Sekijang, Segamat dan Labis, DPPK Segamat dan Labis, PAS Cawangan Felda Medoi serta keseluruhan ahlinya yang begitu banyak membantu (makan malam best gak yer !),Tuan Haji Wahid Hatta sekeluarga atas kesudian untuk bersusah payah bersama kami. Kepada mereka yang tidak disebutkan disini khusus kepada sekumpulan anak muda yang memilih untuk menjadi berani diketika sebahagian daripada mereka lebih tenang dan senang memilih untuk bersenggang dihujung minggu di Pelangi, menonton wayang di Leisurre Mall atau bersantai di Danga Bay... bravo tahniah kami ucapkan ! Terima kasih semua !
 
posted by dppk sekijang at 9:49 PM |


0 Comments: