Makluman.... Untuk paparan yang baik sila gunakan browser Mozilla Firefox dan resolusi 1024 x768!.... WTV8 dan WEBRTV TV Alternatif Online Kita!....

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata sokongan itu yang dinyatakan semua pemimpin Umno pada peringkat negeri dan Pusat membuktikan tidak wujud perpecahan dalam parti ekoran kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kerajaan baru-baru ini.(Berita Harian Online-20 Jun 2006 - Selasa)

Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini menyatakan pendirian berdiri teguh menyokong kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bagi menerajui parti dan negara.( Utusan Malaysia Online-20 Jun 2006 - Selasa )

Masih lagi dengan nada yang sama. Entah untuk berapa kali dialog dan skrip ini akan diulang guna pun tidak kita ketahui. Sokongan dan pendirian teguh mendokong kepimpinan adalah satu perkara yang baik tetapi sokongan membuta tuli adalah sesuatu yang tidak rasional kerana yang diperlukan oleh rakyat ketika ini adalah penjelasan yang telus bukan ampuan yang memualkan. Kritikan dan teguran tidak sepatutnya dijadikan medan untuk mebuktikan kesetian tetapi satu peluang untuk sesebuah organisasi melakukan muhasabah terhadap kepimpinan bagi menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Jelas sekali UMNO ketika ini ketandusan idealisma dalam perjuangan !

 
posted by dppk sekijang at 9:57 PM |


0 Comments: